Assalamualaikum sahabatku.
Hari ni aku akan luahkan segalanya. This is the last time. I may not be capable to rewind to the past and I will never be able to fix this. But , I just need you to know. Lepas ni , aku paham kalau kau dah tak nak layan aku. Aku harap kau baca ni ngan penoh sabar. Maaf , panjang sangat.
Aku tahu aku memang takkan faham perasaan kau but you have to know cuz you have to know. Aku ikhlas. Aku IKHLAS kawan ngan kau ! Kau tak perlu tahu. Biar Allah je yang tahu. Waktu Azura tanye kau nak pegi ke tak nak tu , dia tahu yang kau tak okay. So , dia takut nak tanye kau bukan tak ikhlas nak ajak kau.
Aku tahu kau bukan mintak aku jadi sempurna. Takde sape sempurna dalam dunia ni. Aku tak sempurna. Kau pon tak sempurna. Kita semua tak sempurna. Tapi bagi aku , kau sempurna. Kau cantik , kau pandai , kau boleh berfikir lebih matang daripada aku dan kau bole wat keputusan yg betol. Aku ? Jauh daripada semua tu. Aku tahu ni bukan soalnya. Cuma nak luahkan segalanya.
Aku faham ngan keputusan kau. Aku tahu aku banyak wat salah. Aku tahu. Pasal ayie tu , kau mesti paham kan yg nak melupakan seseorang yg kita sayang tu susah. Aku bukan macam kau. Kau seorang yang kuat dan mungkin senang melupakan bende ni. Caption , tweet , itu semua yg ade dalam hati aku. Aku memang susah nak lupakan dia. Aku lemah. Maaf , aku memang bodoh sebab sukakan orang yang bodoh. Sama2 bodoh kann? Tapi akhirnya , demi Allah aku dah boleh lepaskan dia. Aku dah mula lupakan dia. Aku redha ngan semua yang terjadi antara aku ngan dia. Dah lama aku tak berhubung dengan dia. Dan aku tahu yang dia pon mungkin dah lupakan aku. He's not worth to be remembered. Maaf , kalau kau tak percaya.

Ingat tak surat ni? Yes , tu tandatangan kau dan yes aku maseh simpan surat ni sebab bagi aku ia sangat bermakna. Setiap kali aku tengok , aku teringatkan kejadian yg merapatkan kita lagi. Kau ingatkan kejadian ape? Kejadian aku menitiskan air mata buat seorang kawan yang aku sayang. Dengan izin Allah , tanpa aku sedar kau datang dari belakang. Tah macam mane kau tahu aku kat situ. Aku terharu sangat waktu tu. Aku tak tahu nape. Mungkin aku terharu sebab akhirnya Allah berikan aku seorang sahabat yang akan berada disisi aku apabila aku perlukan. Surat ni kau bagi aku tahun lepas. Maknanye , dah lame kau pendam pastu akhirnya letus jua. Sekarang , perkara yang sama berlaku lagi. Aku paham mesti kau sakit sangat.
Dengan kau menjauhkan diri daripada aku pastu layan macam takde pape berlaku ngan orang laen. Happy je. Kadang2 aku rasa jeles sangat. Aku rindu saat tu. Aku bukan nak kau sedih sepanjang masa. Badmood je tapi aku rasa sakit sangat. Kenapa hubungan kita berakhir macam ni? Salah aku. Maaf. Ye , memang selama ni Fatin yang selalu ade di sisi kau waktu kau sedih , susah. Maaf , aku takde waktu kau perlukan tapi kau ade waktu aku perlukan. Kejam kan aku. Aku tahu yang aku bukan sahabat kau yang terbaik.
Wahai sahabat ,
aku maseh tak matang. Kita semua maseh tak matang lagi. Kalau kita dah matang , mesti perkara macam ni takkan pernah terjadi. Kakak aku pernah cakap , waktu dia form 5 semua kelas dia gelak bile terpikir balik dorang asyik2 gadoh mase form 1 , 2 , 3 dulu sebab maseh tak matang lagi. Aku harap kita pon macam tu. Bila dah besar , kita akan tergelak ngan semua ni. Tapi sekarang , ni bukan masa untuk ketawa.
Aku hormati keputusan kau nak tukar tempat. Its okay aku paham tapi aku rasa sakit sangat sebab dulu kau je yang aku boleh jadi gila , bole terlampau happy , buat lawak bodoh. Everything ! And I have to let go all of that? I see your face every weekdays and I have to expect the truth that everything is over? Aku tahu mesti kau banyak nanges sebab aku. Aku mintak maaf sebab dah bazirkan air mata kau. Aku tak sangka semua ni akan berakhir macam ni.
Aku just nak kau tahu , susah bagi aku. Kau pindah tempat , taknak tegur aku macam dulu , mungkin tengok muka aku pon akan wat kau sakit hati. Aku tak tahu macam mane nak pujuk kau. AKu bukan taknak tegur kau tapi aku tak tahu nak tegur kau macam mane. Aku takot aku layan kau , kau akan rasa marah , annoy , tahlaa. Aku akan teringat semua balik. Kalau aku cakap ngan kau mungkin tak ikhlas pon kau jawab.
Aku tak tahu nak cakap macam mane tapi aku dah tak tahan. Dah banyak sangat bende yang aku wat kat kau. Is this over ?
It can't ..... be
Susah nak taip sebab aku sedih sangat. Mungkin air mata yang aku tangisi ni adalah sebab penyesalan , kecewa , kehilangan .... Takdir yang membuatkan kita jadi sahabat. Secara tak langsong , dulu kawan rapat ngan kau. Nanges , ketawa , semua together. Sampai sekarang , semua dah berubah. Makin lama makin gelap , hidup ni makin suram n tak seceria dulu. Diri aku bukan sesapa lagi buat kau. Cuma sampah yang ditinggalkan. Sampah takkan dikutip semula kann? Takdir yang telah memisahkan kita. Dan maybe takkan merapatkan kita semula. No , everything will never be okay again. It will never be the same. Never.
Aku takkan dan mungkin takkan pernah faham isi hati kau. Mungkin kita kawan tapi bukan macam dulu. Aku nak sangat kau tahu luka kat hati aku sebab kehilangan seorang sahabat memang sakit. Cara kau tulis kat blog kau then aku baca. Sakit sangat. Maaf , hati kau mesti lagi luka kerana sikap aku yg bodoh ni. Rasa marah , rasa sedih , rasa kecewa , rasa BODOH semua tersimpan dalam hati. Aku dapat rasakan separuh daripada semua ni salah aku kann?
Aku tak patot muncul dalam hidop kau kalau hanya menyakitkan hati kau. Aku tak patot jadi sahabat kau kalau hanya membuat luka kau lebih dalam. Aku tak patot hidup dalam dunia ni. Tapi Allah bagi aku satu peluang untuk kenal diri kau. Untuk jadi sahabat kau. Peluang kedua , mungkin takkan pernah wujud. Takkan pernah boleh patah balik.
"Kawan. Sebabkan kawan kita dikecewakan , disakiti , ditangisi , dilupakan dan kadang2 sampai hilang arah. Tapi , sebab kawan jugalah kita rasa gembira , ceria , tak rasa keseorangan dan tempat mengadu selain Allah. Walaupon dia tak memahami isi hati kita tapi dia tetap dengar. Dia tetap di sisi. Itu je yang kita nak. Untuk dia ade disisi"
Maaf, aku takde waktu kau perlukan. Aku takde waktu kau sakit , waktu kau nanges. Masa kau sakit kepala tu , aku hanya mampu melihat sebab kau pernah cakap kat aku , kau akan rasa lebih selesa , baik lepas kau nanges. Jadi aku tunggu. Tengok kau yang ngah dalam kesakitan. Terseksa aku tengok kau dalam keadaan macam tu. Kau , lagi la terseksa ngan kesakitan tu. Fatin nabilah ade disisi kau waktu tu , aku cuma mampu meminta dia je untuk mengusap dan membelai kau. Aku bagi tisu. Aku paskan kat fatin untuk kau lap air mata kau. Memang aku tak layak menjadi sahabat kau.
Aku buntu. Tak tahu nak wat ape dah. Kalau ini pilihan yang terbaik , aku redha.
"Di saat aku kembali ceria , kau pula yang mencuka. Pada mulanya, aku tak mengerti isi hati kau. Aku hanya mampu rasa sakit di hati tetapi hati kau lebih sakit. Aku tak mampu membuat ape-ape. Setakat berada di sisi kau? Bagi aku , tak cukup. Di fikiranku hanya kau pernah katakan bila hanya kau begini , baru orang mula pedulikan kau. Maaf , aku bukan peminta maaf yang terbaik. Aku ego. Perasaan marahku menggelapkan hatiku untuk membuat ape yang sepatotnye aku buat. Pastilah aku yang banyak menyakitkan hati kau.
Kau mula menyepi dan menjauhi. Aku mula rasa kehilangan. Kau kembali ke sisi ku tapi malangnya kau pergi lagi. Hanya air mata yang mampu aku keluarkan"
Aku mesti percaya , inilah dunia. Inilah hidupku dan inilah realiti. Aku harus jua menerima keputusan kau. Kau berhak membuat keputusan kau sendiri. Aku tak berhak untuk menghalang. Sehingga kini , maaf , aku maseh tak mengerti isi hati kau sepenuhnya. Mungkin ade hikmah di sebalik semua ni. Aku selalu melupakan Allah , sering lalai. Mungkin ini balasanku. Merasai kepedihan di hati kau.
''Ya Allah , aku redha.''
Jika dia sudah lame menerima semua ini , In Shaa Allah aku juga boleh.
Maaf , masa aku baca blog kau , aku selalu skip2 dan tak teliti dengan betol. Ni sebab aku rasa sakit dan sedih bila baca tapi aku paham ape yang cuba kau sampaikan. Aku doakan semoga kau panjang umur dan bahagia sentiasa. Biarlah aku pergi dulu sebab aku tak mampu. Aku sangat lemah walaupon masalah ni hanya kecil. Mungkin ketiadaanku akan mententeramkan semua orang.
Maafkan aku. Maafkan aku. Aku terlalu lemah. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku masih tak matang , perangai keanak-anakan , selalu membuat kesilapan dan terlampau emo. Maafkan sikap aku selama ni. Sikap kau yang annoying , gila memang membuat aku meluat. Tapi kau lah yang selalu menghiburkan hati aku. Menceriakan suasana. Jujur , aku akan rindu saat kau menyanyi sebelah aku. Mungkin kau akan nyanyi tapi bukan di sebelah aku lagi. Saat kau ketawa sebab lawak bodoh aku. Everything ..
Sakit. Sakit sebab cuma akan menjadi kenangan. Cuma memori. Maaf , aku tak reti menunjuk keikhlasan aku menjadi sahabat kau. Maaf , aku tidak menghargaimu. Maaf , aku termasuk dalam hidup kau. Maaf atas segala-galanya. Demi Allah , aku sedih kehilangan kau tapi aku akan redha kalau ini yang terbaik.
Terima kasih sebab masih menjadi sahabatku ketika ku senang dan susah. Semoga kau mendapat keputusan cemerlang untuk PMR dan dapat pergi ke sekolah yang kau inginkan. Semoga kau mendapat keputusan cemerlang untuk SPM dan dapat berUniversiti di London , England atau dapat kesana bersama yang tercinta atau sahabat yang betol2 menghargai kau lebih daripada aku. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kau. Semoga kenangan pahit ini berlaku sampai disini sahaja dalam hidup kau. Semoga kenangan manis akan tercipta apabila kau berjaya , dapat anak dan hidup bahagia sentiasa. Juga selamat dan bahagia didunia dan di akirat.
Akhir kata , aku mintak maaf kalau terguriskan hati kau lagi sepanjang ape yang aku taip ni. Maaf buat selama ni. Maaf untuk segalanya.
Sahabatmu ,
Hani.